Diharap anda berada dalam kedaan sihat dan ceria,
Anda pernah dengar, "Piggyback tidak berguna utk kereta-kereta baru" atau "ECU kereta Campro tidak boleh ditune dengan Piggyback"atau perkataan seumpama dengannya?
Sebenarnya boleh dan ada caranya. Cara yang saya tunjukkan ini bukanlah bertujuan untuk mengeluarkan kuasa kuda 100%, tetapi bakal membantu anda menangani masalah ECU OBD2 a.k.a Self Learning ECU.
Latar belakang ECU OBD2 (On-Board Diagnostics 2)
tahun 1988 - 1995 = OBD0, OBD1, MUT-1 dan Lain2..
tahun 1996 - Sekarang = OBD2
ECU kereta baru telah direka lebih canggih supaya dapat mengawal pengguaan bahan api dengan lebih efisyen. kereta-kereta baru yang dimaksudkan ialah kereta keluaran tahun 1996 dan keatas. Anda boleh google mengenai sejarah dan transformasi teknologi ECU ini.
Sedikit Pengenalan mengenai OBD2
Utk dipermudahkan cerita, sebelum tahun 1996, ECU enjin tidak diwajibkan ada Oxygen Sensor dan jika ada sekalipun, tidak membantu pun kepada kawalan Pencemaran Udara
Berbeza dengan ECU keluaran 1996 keatas a.k.a OBD2, ECU ini direka supaya lebih efisyen dan mesra alam. Oxygen Sensor memainan peranan yang sangat penting untuk mengesan sebarang perubahan Fuel yang belaku semasa proses pembakaran, dan ECU membuat pembetulan (fuel Correction) supaya pembakaran sentiasa dalam keadaan Ideal (stoich AFR). Ini membantu memperbaiki proses "wear and tear" enjin pada jangka masa panjang disebabkan ECU sentiasa membuat pembetulan. Pembetulan inilah yang dinamakan atas terma STFT (Short Term Fuel Trim) dan LTFT (Long Term Fuel Trim) yang mana Terma ini tiada pada ECU OBD0, OBD1 (ECU sebelum tahun 1996)
STFT = Berfungsi untuk memberi maklumbalas setiap saat kepada ECU melalui Oxygen Sensor berkenaan Gas Ekzos yang terbakar samada Fuel yang terbakar itu terlebih, Ideal atau Kurang (RICH, IDEAL, LEAN)
LTFT = Berfungsi untuk membuat pembetulan FUEL yang dimaklumkan oleh Oxygen Sensor untuk jangka masa panjang berdasarkan rekod STFT. Tedapat pembetulan data dalam peta (MAP) LTFT , jika tiada pembetulan, dalam MAP 0. Jika ada penambahan Fuel yang dikesan pada RPM tertentu, mungkin pada MAP ada angka -15 (untuk kurangkan Fuel), Jika Fuel dikesan kurang, pada MAP mungkin ada angka 10(untuk tambah Fuel). Begitulah seterusnya, pada setiap RPM ada angka yang telah di letakkan, bagi membantu enjin mendapatkan pembakaran yang sempurna.
STFT dan LTFT ini dapat dilihat dengan menggunakan Scan Tool. LTFT ada limit, contohnya, Fuel Correction telah berada pada angka 25, Cek light akan menyala utk memberi tahu bahawa ECU telah menambah FUEL pada tahap Limit, dan mungkin ada kerosakan pada bahagian enjin yang menyebabkan terlalu banyak Fuel Correction berlaku.
Masalah Piggyback Controller dengan ECU OBD2
Masalah utama dengan kereta-kereta baru / ECU OBD2 adalah ECU sentiasa membuat Fuel Correction dan jika di MAP piggyback ditambah Fuel (sama ada dengan menipu isyarat MAP sensor/Air Flow atau Injector) untuk menyuntik kuantiti bahan api (Fuel) lebih atau kurang yang akan membawa kepada perubahan Air Fuel Ratio (AFR) yang lebih besar atau lebih rendah daripada yang telah diprogramkan dalam ECU, ECU akan bertindak balas dengan menambah atau menolak Fuel supaya Fuel yang masuk dalam ruang pembakaran maintain kepada Ideal iaitu 14.7:1 bacaan AFR.
Inilah yang dipanggil Closed Loop.
KAEDAH TUNING OBD2 + PIGGYBACK
Terdapat 2 cara, yang paling mudah dan tidak beberapa efisyen dan cara yang susah dan memerlukan masa yang panjang untuk tuning.
1. Cara Mudah
Closed loop akan tukar ke Open Loop bila ada keadaan ini.
a) Engine Load ~ bukaan Throttle (TPS)/Pressure Sensor
b) Engine RPM
Contohnya, bagi enjin NA, dalam pemanduan biasa, bukaan TPS bawah 80% Engine RPM bawah 4500, ECU dalam mode Closed Loop. Bila throttle ditekan lebih dari 80% (85% contohnya) RPM lebih dari 4500 RPM, (5000 RPM contohnya) ECU masuk ke mode Open Loop. Bacaan AFR tidak lagi dikawal oleh Oxygen Sensor (closed loop), akan tetapi bacaan Fuel diberi terus oleh MAP yang telah di set dalam ECU (Open Loop). Bacaan AFR yang terhasil bergantung kepada bacaan LTFT, jika pada LTFT dah tambah fuel sampai 25, biasanya pada wideband AFR akan baca lebih yang biasa di target semasa tuning, iaitu 13 : 1 dan ini yang menyebabkan enjin hilang kuasa disebabkan Fuel lebih.
Jadi bagi kes diatas, cara tune yang paling mudah adalah dengan Trim (kurangkan) Fuel pada MAP Piggyback (Contoh MAP Air Flow e-manage blue) yang tidak dikawal oleh Oxygen Sensor iaitu TPS atas 80% dan atas RPM 4500. Tambah/Kurangkan Fuel bagi mendapatkan AFR yang di inginkan. Pada kawalan ECU (Closed Loop), tinggalkan 0 sahaja pada MAP. Jika anda gunakan SAFC, anda hanya perlu tune pada MAP High Throttle (80% keatas) sahaja, Low Throttle biarkan 0.
Macam mana nak tau tu? senang je, anda boleh cuba masukkan nilai + (tambah Fuel) pada MAP piggyback secara rawak, dan anda boleh lihat pada bacaan Wideband Meter bahawa apa yang anda tambah tadi sepatutnya bacaan jadi lebih (rich) dari 14.7, tetapi bacaan kembali kepada 14.7. dan pada tahap throttle dan RPM mana yang fuel lebih dan boleh ditambah atau dikurangkan tanpa ada Fuel Correction oleh ECU, disitulah titik ECU berubah ke mode Open Loop. Pengalaman saya, kebanyakan ECU OBD2, ECU akan kawal sehingga 5000RPM.
Mudahkan?
TETAPI PADA JANGKA MASA YANG PANJANG, CARA INI ADA RISIKO AFR AKAN "LARI" (ECU buat fuel correction)
2. Cara paling susah
Cara ni memerlukan alat tambahan iaitu Scan Tool dan juga tahap kesabaran yang tinggi. hehehehe
Tujuan Scan tool adalah untuk monitor bacaan LTFT pada setiap keadaan pemanduan.
Langkah tune adalah seperti ini:
C) Setelah selesai, RESET ECU dengan cara cabut fuse memory ECU atau cabut cable bateri untuk beberapa ketika. Pasang palik cable bateri/Fuse dan start enjin. Pandu kenderaan anda sekurang-kurangnya 30 minit untuk proses ECU "menyesuaikan diri sendiri" . Selepas itu, monitor semula LTFT, adakah ia masih berada hampir kepada 0 dan stabil seperti sebelum reset tadi?
D) Jika bacaan LTFT "lari" dari setting sebelum reset tadi, ulang semula A,B dan C sehinggalah bacaan LTFT stabil.
Susah tak?
Tapi, dengan menggunakan kaedah ini, SETTING AFR AKAN KEKAL LAMA.
Ok lah, setakat ini dahulu.
jika ada apa2 pertanyaan, boleh tanya saya di ruang yang disediakan atau boleh hubungi saya melalui email.
Sekian, wassalam...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan