Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada kali ini,
Diharap pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Kali ini saya akan sambung berkongsi pengalaman berkenaan Tuning Air Fuel Ratio.
Sebelum melangkah lebih jauh, adalah baik kita kita mengetahui apakah target bacaan air fuel ratio yang sesuai bagi setiap load enjin / cara pemanduan. Gambar rajah dibawah adalah berkaitan Air Fuel Ratio yang patut di target semasa tune untuk enjin Turbo. Dan graf ini amat penting dan harus menjadi panduan semasa tuning air fuel ratio.
Dalam bab ini, saya akan cerita dengan detail berkaitan tuning sistem jenis piggyback iaitu EManage Blue /M7 Em-Con/ AVS Management. Konsep asasnya sama juga dengan SAFC cuma, fungsinya lebih banyak dan lebih advance. Sistem piggyback juga lebih mudah difahami kerana ianya masih bergantung kepada ECU asal kereta dan tugas asas EManage ini hanya menipu bacaan daripada sensor sahaja. Pemasangannya pun cukup mudah, hanya perlu tapkan wayar positif dan negatif, tapkan wayar utk bacaan TPS dan RPM, potong masuk dan sambung wayar keluar dari sensor Air Flow dan Ignition ke ECU. Ianya tidak serumit Stand alone ECU yang perlu diolah pelbagai jenis Peta/Map kerana ECU Stand alone membaca terus daripada setiap sensor dan mengeluarkan arahan terus kepada enjin.
Perkara pertama yang perlu tahu berkenaan EManage adalah setting asas bagi EManage, seperti jenis Air Flow/hot wire/Manifold absolute Pressure yang digunakan, jenis Ignition, bilangan silinder dan lain-lain setup asas. Ianya boleh diketahui melalui Manual Book Greedy EManage.
Perkara kedua adalah mengambil bacaan bukaan Throttle Position Sensr (TPS). ianya perlu dilakukan agar Emanage tahu berapa bukaan TPS selari dengan bacaan ECU agar penipuan daripada Emanage terhadap ECU berkesan.
Perkara ketiga adalah mengambil MAP yang kita akan gunakan utk tune nanti. Terdapat 7 MAP dalam Emanage Blue iaitu:
1. Air Flow Adjustment Map
2. Ignition Timing Adjustment Map
3. Vtec/Mivec Seting
4. Anti Engine Stall Setting
5. Boost Limiter Cut Setting
6. Additional Injection MAP + Acceleration MAP
7. Sub Injector MAP
Kebiasaannya, MAP dari no 1 hingga 4 sahaja yang biasa orang ramai gunakan. Saya akan menerangkan dengan lebih terperinci kesemua MAP dan kegunaan setiap satu MAP dan cara tuning Air Fuel Ratio (AFR).
1. Air Flow Adjustment Map
Air Flow MAP mengambil kira bacaan bukaan TPS/Load dan juga kelajuan enjin RPM. dengan itu, kita boleh adjust AFR yang bersesuaian dalam semua keadaan load dan kelajuan enjin
Fungsi Air Flow MAP adalah untuk mengawal kemasukan bahan api kedalam enjin dengan cara menipu bacaan volt. Carta berfungsinya adalah dari Map Sensor/ Maf Sensor masuk ke Emanage (bagi membolehkan kita mengawal voltage yang terhasil dari sensor) dan keluar semula ke ECU (utk bagi bacaan yang telah di adjust). Sebab ECU akan baca dari sensor bagi mengetahui kadar udara yang masuk kedalam enjin. Faham ke ni?hehehe.
Jika anda lihat MAP diatas ada contoh MAP yang telah di adjust dari -50%, 0% hingga 50% volt/current. Persoalannya, bagaimana kita nak tahu apa yang kita adjust tu selari ke tidak dengan kehendak pengguanaan petrol bagi enjin tersebut?
Jawapannya... disilah perlunya kita mengetahui bacaan nisbah petrol dan udara melalui asap ekzos yang terhasil dari pembakaran enjin. Kita perlu menggunakan Oxygen Sensor jenis Wideband bagi mendapat bacaan yang tepat. Contoh yang sy gunakan adalah dari jenis Innovate LM2.
Dengan Innovate LM2, kita boleh pilih untuk melihat meter bacaan Air Fuel Ratio (AFR) ketika memandu ataupun record bacaan ataupun kita boleh melihat menggunakan Laptop dalam bentuk graf. Bagi saya, lebih mudah menggunakan Laptop dengan melihat dalam bentuk Graf bacaan AFR kerana perubahan bacaan AFR berubah dengan begitu pantas mengikut cara pemanduaan/ load enjn dan hanya boleh diketahui dengan detail melalui graf. Senang untuk adjust MAP dengan lebih tepat.
Innovate LM2 juga boleh membaca bacaan bukaan Throttle (TPS) dan RPM yang mana fungsi ini sangat memudahkan bagi mendapatkan bacaaan AFR yang tepat bagi setiap Load dan kelajuan enjin.
Cara-caranya;
1. Bagi Idling, bacaan AFR adalah 14 - 22 (bergantung kepada jenis sistem ekzos, jika piping lurus sahaja dapat lah bacaan yang tepat 13-16, jika ada catalityc converter/ bullet / s type mufler bacaaan menjadi lean sehigga 22) sebab asap ekzos di sekat, jadi bacaaan kurang tepat.
2. Bagi pemanduan biasa, (dari kereta bergerak dan pertukaran gear ke gear, bacaan antara 16 - 12.5.
3. Bacaan ketika pecutan perlu diambil dari gear 3 atau gear 4. Contohnya, bawa kereta dalam gear 3 dan maintain 2500 RPM. Tekan pedal minya rapat ke lantai (TPS 100% buka) sehigga ke RPM cut. katakan 7500 RPM cut, lepas pedal minyak. selepas itu, buat analisa bacaan AFR. Biasanya utk bacaan enjin tanpa turbo (NA), target AFR dari 2500 RPM hingga 7500 RPM adalah sekitar 13.5 - 12.5, manakala bacaan enjin turbo 12.5 hingga 10. Contoh graf AFR enjin turbo adalah seperti ini
4. Ambil bacaan semasa kereta bergerak dengan kelajuan sederhana, katakan maintain dalam 110kmh pada gear 5. biaanya bacaan AFR adalah 13.5 hingga 15.
Apabila kita telah mengetahui bukaan throttle dan RPM mana yang bacaan AFR tidak cukup atau lebih, disitulah kita perlu adjust dengan menambah dari 0 - 50 % atau kurangkan -1 - 50% minyak di Air Flow MAP.
Contoh bacaan AFR diatas, Target AFR 12.5, bacaan yang dapat bermula 3500 RPM, TPS 37% keatas bacaan menjadi kurang dari 12.5 (Rich). Keadaan ini enjin akan menyebabkan kenderaan terasa sedikit berat. Jadi yang perlu di buat adalah, dengan mengurangkan minyak bermula 3500 RPM, TPS 40% keatas. Contohnya dengan meletak nilai -20.
Ulang semula langkah 1 hingga 4 sehingga bacaan AFR dapat seperti yang kita inginkan.
Tentu ada yang akan bertanya bagaimana "rasa berat dan ringan" tu? takkan dengan adjust minyak berpandukan target AFR boleh menyebabkan enjin lagi power? Itu semua saya akan jawab selepas saya huraikan Tune Ignition MAP.
2. Ignition Timing Adjustment Map
Emanage boleh advance dan retard Igintion timing mengikut RPM dan TPS/Load. Bagi yang yang pertama kali mendengar istilah "Ignition Timing", ianya adalah sistem pengapian untuk mengarahkan spark plug membakar campuran petrol dan udara didalam enjin mengikut kelajuan enjin. Katakan semasa enjin Idling, biasanya spark plug akan mula membakar pada 10 degree sebelum TDC. semakin laju putaran enjin, pembakar juga perlu lebih awal (advance) bagi membolehkan kesemua campuran petrol dan udara dibakar dengan sempurna. ok, harap faham ye penerangan yang serba ringkas ini.
ECU asal telah pun di petakan Curve ignition Timing oleh pengeluar kenderaan. Jadi, ada beberapa keadaan yang kita perlu advance atau retard, contohnya, enjin NA apabila kita telah target bacaan AFR 13.1, terasa masih sedikit berat di pertengahan hingga hunjung RPM, kita akan cuba advance ignition timing 2-4 degree dari asal, dan enjin terasa lebih power. Begitu pula, setelah dapat AFR yang cun semasa RPM rendah, tetapi terdapat bunyi knocking dari enjin (detonation), kita boleh adjust Ignition MAP dari -2 hingga hilang bunyi knocking. Emanage membolehkan kita advance 20 degree dan retard -20 degree.
Jadi, apakah kaitannya AFR dengan Ignition timing ini?
Jika nak diterjemahkan diatasa jalan raya, enjin akan terasa lebih bertenaga dan padu bermula dari bawah sehingga hujung RPM apabila di setting ngam kedua-dua MAP ini.
Diatas dyno pula, anda akan lihat peningkatan kuasa yang sangat best. Penggunaan petrol juga dapat dijimatkan, kerana enjin lebih cepat respon, dan tidak perlu menekan pedal dengan banyak utk memecut.
Ini adalah contoh peningkatan kuasa kuda setelah di tune AFR dan Ignition Timing. Enjin mitsubishi doch 4g93.(NA).
Cukuplah setakat ini dahulu, saya akan cuba kongsikan beberapa MAP emanage pada masa akan datang. In sha Allah.
Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan teguran.
Sekian. :-)
terbaiklah tuan... thnks atas ilmunye. semoga tuan dipermudahkan segala urusan ...amin
BalasPadamTerima kasih :-)
BalasPadamKalau nk tunning kt kdai boleh ke? Mksud sy adjust utk campuran angin dan mnyk bg sempurna n bpe anggaran kos tunning ni? Sy rase kete sy kuat mkn
BalasPadamminyak. Tq
Terima kasih berkongsi ilmu..nak tanya kalau tune tanpa wideband mmg tak boleh ke?
BalasPadamTerima kasih berkongsi ilmu..nak tanya kalau tune tanpa wideband mmg tak boleh ke?
BalasPadam