Rabu, 4 Mac 2015

YAMAHA LC135 TURBO


TURBO? sebut sahaja pasal turbo, ramai orang boleh menjangkau di fikiran dan berimaginasi bagaimana kuasa Gforce dan pecutannya. Ya, itulah yang saya alami sendiri setiapkali menuggang motorsikal, bagaimanakah rasanya bila motor ada "kuasa extra", kuasa "Gforce". Dan bagaimana "excited"nya setiap kali tarik pickup, lepas throttle untuk masuk gear,  ada bunyi blow offf valve, kepishh, kepishh, tentu seronok dan mengujakan. Atas dorongan "rasa" itulah saya tekad untuk melakukan projek Bolt On Turbo keatas Motor Yamaha LC135 milik saya sendiri. Setelah mengkaji motor-motor di negara luar yang telahpun berjaya men "turbo" kan motor, dengan confidennya saya memulakan projek.

Sebelum meyumbat Turbo, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan terhadap enjin bagi memastikan ketahanan semasa boost. Memandangkan motor saya sebelum ini telah pun disarung dengan blok motor yamaha FZ150i, jadi untuk pemilihan turbo yang sesuai tidak menjadi masalah. Yang saya perlu lakukan adalah mengurangkan compression ratio daripada 10.4:1 menjadi 9 :1 dengan cara grind head LC yang berbentuk petak ke bentuk bulat.

Turbo saya pilih dari kereta Suzuki Cappucin0, saiz yang kecil, lebih kecil dari Turbo Mira L200. Turbo Threshold dapat dirasakan seawal 3800 RPM, manakala full boost pada 5000rpm
Intercooler pula saya ambil dari model Mira L600, dan dipotong supaya muat untuk diadankan dengan Coverset motor. Blowoff Valve pula daripada Toyota Starlet.







Bagi setup turbo Carburetor, Carburetor jenis  diaphragm digunakan kerana ianya boleh mengesan tekanan udara yang masuk, dan membuka slide berdasarkan pressure. Terlebih dahulu pelampung carburetor dikurangkan ketinggian sebanyak 5mm. Ini membolehkan Fuel Pump (dari model wira 1.5) memberi tekanan petrol ke dalam Carburetor yang dikawal oleh Fuel Pressure Regulator. Fuel pressure semasa idling di set 2 psi. Jadi didalam carburetor, ketinggian pelampung menjadi lebih sedikit dari asal oleh kerana tekanan Fuel Pump. Jika di set 5psi, carburetor akan jadi overflow disebabkan terlalu kuat pressure fuel pump.

Dihadapan carburetor terdapat Intake Plenum Chamber yang ditempah khas. Saiznya lebih kurang 300cc. Di dalamnya terdapat Pitot Tube yang berfungsi mengesan sebarang perubahan tekanan udara. Saiz Pitot Tube sangat penting kerana ia akan memeberi Effect kepada saiz jetting dalam Carburetor. Seperti setup motor saya, Jetting carburetor adalah standard motor yamaha LC135, dan Pitot tube dikecilkan.

Oleh kerana motor yamaha LC135 ini menggunakan Fuel pump, sistem charging sedia ada tidak mampu untuk memberi charging yang baik. Maka, Rectifier dari motor Yamaha FZ150i digunakan, dan wiring asal diubah supaya berfungsi menjadi sistem Full Wave Charging.

Motor ini ditune menggunakan Wideband Oxygen Sensor, Air Fuel Ratio semasa idling adalah 13.manakala semasa full boost (0.7bar) 11-12. bacaan yang sangat bagus untuk setup turbo.




Perbezaan yang saya rasa selepas bolt on turbo adalah pickup dan topspeed yang sangat mengujakan. Dahulu, untuk mendapatkan kelajuan 160kmh, terpaksa tunduk dan mengambil masa yang lama. Sekarang, dengan setup sprocket yang sama, sangat mudah untuk melihat meter lentok 180kmh dengan badan tegak dan sambil tersenyum :)

Berikut adalah Serba sedikat Spec motor:

Block : Block 57 mm(fz150)
Head : Combustion chamber grind sehingga bentuk bulat (comp. ratio +- 9.0)
Carb : LCV2 standard main jet and pilot. Float height reduce 5mm.
Turbo : Hitachi - HT06 (suzuki cappucino) with 0.7 bar boost pressure.
Intercooler : mira L6 (Customize, to fit on LC)
*Custom Plenum Chamber with pitot tube, Intercooler Piping
*1.8 inch Exhaust Piping and custom Mufler.
*Fuel Pressure Regulator - base pressure 2 psi
*Full wave Charging system (Rectifier from yamaha fz150)
Fuel Pump : Wira
Blow Off Valve : Toyota Starlet
Sprocket : 15 -37

setup lain adalah standard OEM.

Sekian.

Update: Video test  LC135 Turbo
Gear 1 sampai gear 3. Jalan pendek dan kenderaan lain pun banyak.





35 ulasan :

  1. Salam bro.. Brape kos buat sume ni??

    BalasPadam
  2. Bagaimana hendak mencari turbo yang sesuai? Motor saya original, enjin x kacau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. turbo yang paling kecil pernah saya jumpa adalah turbo hitachi HT06 (turbo yang saya pakai sekarang ini) sebenarnya, semua motor boleh di "bolt on" sistem turbo ini, asalkan "CC" motor hampir atau lebih 150cc. Sebab, dengan 150cc, mudah pressure dari silinder untuk menolak turbine turbo supaya boost boleh dijana seawal 4000 RPM. jika kurang dari 150cc, mungin boost akan dijana pada 5000rpm atau lebi teruk 8000rpm, jadi motor akan kehilangan Power yang amat teruk semasa menunggu boost pressure.

      Padam
  3. Slam bang nk tnya ni...piston x tkar kpda low compres ke...paip return mnyk htam dr turbo tu smbung ke mna

    BalasPadam
  4. Salam
    Piston dah bagi low comp.
    paip return, saya tubuk di bawah cover magnet enjin

    BalasPadam
  5. Salam tuan nak tanya buat tu kat mana ye? Sy dh ada turbo kecik nk pasang tu tak tahu kat pomen mana.. Lc v2

    BalasPadam
  6. Salam tuan nak tanya buat tu kat mana ye? Sy dh ada turbo kecik nk pasang tu tak tahu kat pomen mana.. Lc v2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. saya buat sendiri. pomen luar mana yang boleh buat, saya tak tau la...

      Padam
  7. Balasan
    1. Boleh, call/sms/whatsapp 0125411496 untuk maklumat lanjut.

      Padam
  8. salam bos...sy nak tanya...minyak masuk ke turbo bos ambil dari mana?

    BalasPadam
  9. salam bos...sy nak tanya...minyak masuk ke turbo bos ambil dari mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.
      dari laluan minyak hitam di Cylinder Head. pada motor LC, ada dekat atas lubang ekzos, ada bolt saiz 10 (stopper). sy ambil di situ..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. ade lagi sikit pertanyaan bos...wajib ke pakai intake planum chambet tu?? kalau piping intercooler tu direct masuk ke carburator mcm mana pulak?? dan lg 1 pitot tube tu sambung kan ke carburator kan bos??

      Padam
    4. atau pun intake dan pitot tube tu saya order dekat bos boleh tak?? bos ni khairul MP ke?? hahaha

      Padam
    5. boleh je tak pakai plenum chamber, tapi nak tune nanti agak susah, bila bawak pun tak smooth. saiz plenum chamber tu biasanya lebih sekali ganda dari cc motor. contohnya, motor 150cc, plenum chamber mesti 300 cc, baru ok. pitot tube kene sambung di plenum chamber.
      nak tahu lebih lanjut, sila whatsapp 0125411496

      Padam
  10. nice bro..boleh commercialkan ni..hihi

    BalasPadam
  11. Klau buat semua ni utk moto brulang alik keja dlm jarak yg jauh ada msalah x tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni, masalah yg saya hadapi semasa jalan jauh tak boleh maintain kelajuan 110-120kmh, sebab motor jadi sebu dan semput sedikit. sebab masa 110kmh, RPM dah 5000. jadi turbo dah hasilkan pressure yang kuat, throttle pula buka sikit je. jadi carburetor confuse, nak bagi fuel lebih atau kurang (lain la kalau pakai Injection, tak timbul masalah ni). Tapi bila pulas throttle maintain 140kmh, baru ok...

      Padam
  12. Bro...story sikit pasal penggunaan penggunaan minyak. Huhu

    BalasPadam
  13. Bro...story sikit pasal penggunaan penggunaan minyak. Huhu

    BalasPadam
  14. salam bro..nak tanye sket agak2 kalau motor stardart pekak nak pasang sume ni brape kos tuu??

    BalasPadam
  15. salam bro..nak tanye sket agak2 kalau motor stardart pekak nak pasang sume ni brape kos tuu??

    BalasPadam
  16. Contact me on wassap nak bincang. 0145177930

    BalasPadam
  17. Contact me on wassap nak bincang. 0145177930

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Klu nk buat dkt motor fi kna tukar ecu x

    BalasPadam