Rabu, 23 Disember 2015

ignition timing explaination

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

sebelum pergi lebih jauh, mari kita ulangkaji dahulu bagaimana proses enjin 4 stroke berlaku.




Seperti mana kita tahu, 4 stroke enjin terdiri daripada intake stroke, compression stroke, power/ignition stroke dan exhaust stroke.  Mungkin dari anda pertama kali mendengar istilah-istilah ini, dan mungkin juga ada yang mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan enjin. Disebabkan perkara ini adalah teknikal, jadi saya akan bercerita kepada anda dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami, dan mudah-mudahan anda boleh faham...

Entri kali ini saya nak focuskan pada compression dan power stroke sahaja.

Dalam proses compression stroke, udara dan fuel yang disedut masuk melalui intake stroke tadi dimampatkan sehingga piston berada pada tahap paling atas / Top Dead Centre (TDC). Anda mungkin menyangka bahawa spark plug mengeluarkan api untuk membakar pada power stroke? akan tetapi perkara itu tak berlaku, sebaliknya, semasa piston naik keatas semasa compression stroke, hampir sahaja piston berada pada TDC, semasa itulah spark plug mengeluarkan api. Hasil dari tekanan yang tinggi akibat compression stroke, dan spark plug megeluarkan api, maka fuel + udara terbakar dalam  Combustion chamber seterusnya menolak piston kebawah bagi proses power stroke.

Soalannya, pada angle/degree berapa sepatutnya spark plug patut mengeluarkan api bagi menghasilkan maksimum power?

Ramai orang berfikir bahawa apabila berlaku ignition/spark plug mengeluarkan percikan api, fuel akan terus terbakar terus. Sebenarnya tidak, fuel mengambil masa untuk terbakar sepenuhnya didalam Combustion chamber. Untuk pembakaran yang sempurna, cylinder pressure perlu berada pada tekanan tinggi untuk menghasilkan torque yang maksimum.


Berdasarkan rajah diatas jika ignition berlaku terlalu lambat "retard" iaitu pada (C) 13 degree sebelum piston sampai ke TDC "0",  akibatnya pressure dalam combustion chamber telah berada di penghujung dan fuel baru mula terbakar dan pembakaran lambat berlaku disebabkan tekanan dalam silinder telah mula kurang dan ini menyebabkan torque yang terhasih akibat pembakaran adalah rendah.

Jika berlaku terlalu awal "advance iaitu pada (A) 35 degree sebelum sampai ke TDC "0",  akibat pemakaran terlalu cepat, combustion chamber mengalami tekanan yang sangat tinggi (anda boleh lihat curve yang terhasil adalah tajam) dan menunjukkan berlakunya knocking/detonation. Ini akan menyebabkan kerosakan berlaku pada enjin dan seharusnya dielakkan.

Ignition advance perlu berada pada (B) iaitu sekitar 20 degree, dimana pressure dalam combustion chamber berada pada tahap optimum serta campuran udara dan fuel akan terbakar dengan sempurna.

Kesimpulan

Setiap setup enjin adalah berbeza, jadi semasa proses tuning dilakukan, seharusnya "tuner" mencari dimanakah tikit B bagi membolehkan torque dan horse power dikeluarkan sepenuhnya daripada enjin.

Sekian,
jika ada apa2 persoalan, sila beri tahu saya. ok.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan