Khamis, 28 Mei 2015

Oxygen Sensor Simulator

Oxygen Sensor atau nama singkatnya o2 sensor.

Fungsi, secara mudah untuk difahami adalah, mengesan gas ekzos bagi memberi maklumat kepada ECU, sama ada gas ekzos hasil daripada pembakaran itu terlebih atau terkurang bahan bakar (Fuel). ECU sebolehnya mengekalkan Air Fuel Ratio (AFR) 14.7 semasa enjin dalam keadaan Closed Loop ( Load enjin rendah, RPM rendah dan TPS dibuka sedikit)
Matlamat utama sensor ini adalah untuk membantu enjin berfungsi dengan efisyen dan juga untuk mengawal pencemaran udara seminimum yang mungkin.

Namun, terdapat masalah apabila Enjin yang telah dimodifikasi, memerlukan bacaan AFR kurang daripada 14.7 untuk mengeluarkan kuasa maksimum. Ini tidak mungkin berlaku kepada enjin keluaran tahun 1996 keatas kerana ECU telah direka bagi megawal pencemaran udara.  ECU ini akan membuat pembetulan bahan bakar (Fuel Trim) yang mana apabila digandingkan dengan Sistem Piggy Back seperti e-manage untuk menambah Fuel, ECU akan tetap mengarahkan Injector supaya Fuel di trim sehigga AFR hampir kepada 14.7. Ini disebabkan oleh Oxygen Sensor telah mengesan perubahan AFR daripada spesifikasi asal. Jadi tiada gunanya menggunakan e-manage.. Useless.


Sebab apa terjadinya begitu?

Kereta keluaran tahun 1996 keatas, yang menggunakan soket Diagnose jenis OBD2, kebanyakan ECU akan membaca daripada Oxygen sensor dalam 3 keadaan iaitu Lean, Stoich (Ideal) dan Rich.
Apabila Fuel lebih (Rich) dikesan, ECU akan mengurangkan Fuel supaya kembali kepada Stoich. Apabila Fuel kurang (Lean) dikesan,  ECU akan menambah Fuel supaya kembali kepada Stoich. Ini berlaku untuk penjimatan Fuel disamping memelihara alam sekitar daripada pencemaran gas ekzos.

Masalah Fuel dalam keadaan Stoich ini adalah, enjin akan berasa kurang padu untuk mengeluarkan kuasa, disebabkan Fuel yang hanya sekadar "cukup makan".

o2 sensor simulator


Contohnya, enjin Toyota Caldina GT4 3SGTE, pada awal boost mula masuk, 2500RPM, 0.1 BAR Fuel yang sekadar "cukup makan" AFR 14.7 pada 2500 hingga 4000RPM 0.6BAR (ini dipanggil Closed Loop), 4000RPM keatas baru AFR turun kepada 12 (ini dipanggil Open Loop - ECU tidak lagi mengambil kira bacaan daripada Oxygen sensor pada 4000RPM keatas) . Ianya akan menyebabkan enjin terasa kurang padu dalam mengeluarkan kuasa, padahal jika AFR di setkan 13-12.5 pada RPM tersebut,  kuasa yang terhasil sangat memberansangkan. Jadi, apa yang patut ditipu untuk mendapatkan AFR yang cantik? Oxygen sensor!



Terdapat trick bagaimana untuk menambah Fuel tanpa risau ECU melakukan Fuel Trim, Iaitu dengan menipu bacaan Oxygen Sensor. Seperti yang terdapat di pasaran, Greddy o2 Sensor Adapter, o2 Simulator dan pelbagai lagi yang tujuannya supaya ECU tidak mengesan perubahan AFR yang dilakukan. Saya sendiri telah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan permasalah ini dengan membuat litar o2 Sensor Simulator bagi memudahkan kerja tuning dilakukan terutama bila berhadapan dengan enjin keluaran tahun 1996 keatas. Contoh o2 sensor simulator yang saya buat adalah seperti berikut:

o2 sensor simulator
o2 sensor simulator


Kini saya tidak perlu risau, dengan adanya o2 sensor simulator,
Setting fuel CONFIRM akan kekal.

o2 sensor simulator berfungsi untuk menghantar signal bacaan Oxygen Sensor ke ECU tanpa perlu menggunakan Oxygen sensor.
Ini bermakna, ECU akan membaca bacaan Air Fuel Ratio secara tetap terus dari o2 sensor simulator
dan nilai bacaan BOLEH DILARAS mengikut kesesuaian ECU.



Jadi, saya boleh tune Fuel menggunakan e-manage, SAFC, Unichip, Work EMS2 dan lain-lain mengikut suka hati, tanpa perlu bimbang Check Engine menyala dan paling penting, setting tidak akan lari kerana ECU telah ditipu oleh o2 sensor simulator dan tidak akan mengesan perubahan Fuel yang saya lakukan.

o2 sensor simulator yang saya buat ini menggunakan pengawal mikro bersepadu dan berupaya memberi bacaan dan pattent gelombang yang sama dengan o2 sensor sebenar.

Ok, cukup setakatkan ini dahulu perkongsian saya, akan datang lebih banyak lagi Tips dan Trick berkaitan Tuning Engine Managment. In sha allah :-)

Sekian, wassalam...







7 ulasan :

  1. Asalamualaikum..bro

    soalan saya boleh ke..kedua dua sensor ni wayar nya di gabung kan..?


    sebab dia ada dua sensor satu atas satu bawah...


    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumsalam, boleh, tapi nanti voltage output jadi dari lebih rendah, dan mungin akan menyebabkan cek light enjin menyala. boleh la cuba, sy tak pernah lagi cuba macam tu.

      Padam
  2. bro duduk mne... no phone ada... saya ad mslh dgn ecu rechip ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tinggal di Kg. Manjoi, Ipoh. Perak. no fon 0125411496

      Padam
  3. Assalamualaikum

    Terima kasih tuan..byk info yg berguna

    BalasPadam
  4. Slm bro
    Untuk tunning myvi 1.3 se perlu ada o2 simulator?skrg pakai safc 2

    BalasPadam