Khamis, 15 Oktober 2015

My Tuning Tools

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Diharap pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan ceria.
Kali ini, saya kongsikan alat yang saya gunakan untuk tuning Engine Management.
Selain Laptop dan software, ada alat-alat tambahan lain yang digunakan bagi memudahkan proses tuning dilakukan.


Gambar dibawah ini adalah Wideband o2 sensor dan meter BRAND Innovate LM2.



Meter LM2




Exhaust Clamp/ Prob custom.
Wayar asal o2 sensor dari kit Innovate pendek, saya telah panjangkan 1.5 meter bagi membolehkan tuning kereta yang panjang Bodynya.


Design yang saya gunakan untuk buat Exhaust Clamp/Prob adalah sama dengan Innovate exhaust clamp.

LM2 Analog Input
Satu kelebihan yang ada pada LM2 ini adalah, function analog input. Saya boleh mendapatkan bacaan TPS, Boost Pressure, RPM dan lain-lain lagi dari sensor enjin dengan menyambung cable Analog Input LM2 pada wiring enjin. Ini sangat membantu supaya dapat bacaan LOAD yang tepat untuk tuning Air Fuel Ratio.




Power Supply + Boost Sensor
Ini adalah rekaan khas daripada saya untuk tuning enjin turbo - high boost (Boost vs AFR).  Power supply diambil terus daripada Bateri dan ground Body.

Dalam ini terdapat :
1. Capacitor (Voltage stabilizer) - digunakan bagi kenderaan yang ada masalah voltage tidak stabil.
2. Cigarate Soket - bagi kenderaan yang tiada soket cigarate
3. Boost Sensor - bagi membaca boost - disambung bersama Cable Analog LM2. dan boleh dilihat bacaan Boost pada screen Laptop.




Inductive Clamp
Inductive clamp digunakan bagi membaca signal RPM enjin. Sambungannya lebih mudah, hanya sangkut pada cable Spark Plug, setting dalam meter LM2 dan terus boleh baca RPM.

Hasilnya, saya boleh dapat data RPM vs AFR melalui software Logwork3




 Timing Light



DIY Knock headphones (Ear knock detector)
digunakan untuk tuning ignition. sambung pada laptop.


DC to Ac Power Converter
alat ini agak penting, sebab bila tuning (on Road) yang mengambil masa lebih dari 2 jam, bateri Laptop akan habis, dengan adanya alat ini, saya boleh cas laptop dalam kereta.

Setakat ini dahulu perkongsian saya, moga-moga bermanafaat kepada anda. Saya mengalu-alukan sebarang persoalan dan teguran.

Sekian, terima kasih.