Ahad, 8 November 2015

eManage Ori vs Tiruan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Diaharap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan ceria.
 
Kali ini saya ingin berkongsi cara bagaimana untu mengetahui Original atau tidak sesebuah greedy emanage blue (model lama).

Jika kita "google" keyword "emanage blue imitation" sudah pasti keluar banyak gambar dan cara-cara untuk mengenal pasti perbezaan antara ori dan tiruan.

Sebagai contoh, gambar dibawah ini :

         credit to kereta.info



Namun, ada juga emanage tiruan yang menyerupai emanage ori 100% dari bentuk luaran. 
Jadi bagaimana untuk mengetahuinya?




Selain dari trademake Trust GSC-01,
Cara mudah adalah dengan melihat Integrated Circuit (dalam petak kuning). 
Emanage tiruan, Integrated Circuit petak sama panjang.


Kesimpulannya:


Emanage tiruan sama ada made in china atau taiwan, saya tidak mengetahui adakah berupaya mengawal 100% sama fungsi dengan emanage Original dan sejauh mana ketahanannya sebab tak pernah pakai pun.
Ada sesiapa boleh bagi review?

Clone emanage, AVS Fuel Ignition Controller - setakat ini, boleh dikatakan sama fungsinya dengan emanage original. Cuma pernah berlaku Setting dalam emanage hilang dan Ignition controller Fail. Tapi boleh ditukar dengan mudah dengan dealer AVS. 
Review saya - boleh dipakai.(ada  2 tahun warranty)

Setakat ini dahulu perkongsian saya, moga-moga ada manafaat. Sebarang persoalan, boleh diajukan pada ruang yang disediakan. Selamat beramal ;-)

4 ulasan :

  1. e manage ori berapa lama warranty

    BalasPadam
  2. e manage ori berapa lama warranty

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya, emanage ori (baru) 1 tahun warrant, tapi warranty bukan tukar yang lain, yg rosak tu dihantar ke kilang utk dibaiki. so akan makan masa yg agak lama...

      Padam