entri kali ini adalah khas bagi Tuning Ignition untuk enjin turbo dan supercharge.
bagi Tuning Ignition enjin kategori NA sila klik sini
Ok, kita teruskan dengan mempelajari Ignition map yang terdapat dalam ECU.
Contoh ignition map yang tedapat dalam ECU -Mitsubishi Evo 123 (sumber Haltech)
Pra-Tuning
Perkara pertama yang perlu diketahui adalah, Ignition Map bagi enjin Turbo dan NA adalah tidak sama. Bagi enjin Force Induction, semakin tinggi boost, semakin rendah ignition timing yang diperlukan. Contohnya ECU enjin 4G63T ignition timing semasa High Load(high boost) vs High RPM adalah 14° semasa 100 kpa/ 1 Bar boost pressure. Apabila di naikkan Boost pressure 2.5 Bar, kita perlu merendahkan ignition timing sehingga -5°. Sebab boost pressure 2.5bar akan meningkatkan Compression Ratio enjin sehingga 25:1. Risiko knocking sangat tinggi disebabkan Boost Pressure ditambah pula High Temp, dengan mudahnya enjin anda akan berkecai apabila tidak retard ignition timing kepada tahap yang sesuai.
Perkara kedua adalah, kita perlu tahu apakah compression ratio bagi sesebuah enjin. Katakan enjin Proton Wira 1.6 4G92p, di tambah dengan sistem Force Induction (bolt on turbo) tanpa menukar Internal Part (stock Factory), Static Compression Ratio 4G92p adalah 10:1.Ignition timing semasa High RPM High Load adalah diantara 22° higga 25°. Apabila ditambah dengan sistem turbo, boost 6 psi (0.4 bar), Compression Ratio 10:1 tadi telah bertambah kepada 14:1. Ignition timing perlu dikurangkan sehingga -15° semasa 0.4 bar. Jika tidak, Knocking pasti akan belaku, dan ini akan memendekkan lagi jangka hayat enjin.
Perkara ketiga adalah, kita perlu Periksa Base Ignition Timing adalah sama atau tidak dengan Spec asal enjin. Ini boleh diketahui dengan menggunakan Timing Light serta merujuk Manual Book. Kebiasaanya, base ignition timing sekitar 10 -16° semasa idling. Tujuannya adalah supaya kita tahu dimanakah Ignition timing yang betul sebelum kita advance atau retard didalam Emanage.
Perkara Keempat adalah, boost TARGET dan Internal part
PERKARA TERPENTING, berapakah target boost, piston dan Connecting rod dan bearing apa yang digunakan sebagai informasi awal sebelum Tuning dilakukan. Ini kerana, Boost yang tinggi dan tidak sesuai dengan ketahanan enjin akan menyebabkan enjin KABOOOMMMM...
Ok, setelah diperiksa semua elamen ini, kita boleh membuat 1 target awal untuk menetapkan Ignition Timing dan dimanakah Limit ignition timing bagi sesebuah enjin.
Tips Tuning menggunakan Greddy MAP Sensor
Bagi Force induction, digalakkan menggunakan Greddy MAP sensor, sebab lebih mudah di tune berdasarkan Boost Pressure. Kebiasaanya jika enjin Standard, tiada Isu berkaitan Igntion timing, melainkan up Boost Pressure, baru perlu di retard Ignition Timing.
Ini adalah contoh Retard 1 degree / 1 psi Boost bermula pada 1 bar keatas.
Jika enjin di setup compression ratio lebih rendah, (contoh 8.5:1 kebawah) boleh cuba retard 1.5 degree / 1 psi seperti ini.
Bagi Bolt On Turbo, boleh cuba retard 1 degree / 1 psi bermulanya boost masuk. Contohnya seperti ini :
Jika ada belakunya knocking, boleh cuba retard 1.5 degree / 1 psi:
* Ini adalah contoh, anda boleh cuba nilai yang berbeza bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Tuning Procedure
1. Setelah dapat Air Fuel Ratio yang sesuai (rujuk disini), kita perlu membuat adjustment dalam map Emanage. Jika Enjin anda menggunakan Air Flow Sensor seperti enjin Mitsubishi Evo 3, lebih mudah digunakan "Karman Vortex Airflow Meter" berbanding Throttle Position Sensor sebab bacaan ECU untuk memberi signal Ignition timing menggunakan Karman Vortex Airflow Meter.
Begitu juga jika menggunakan Pressure sensor seperti Toyota Starlet,Mira L2 dan seangakatan dengannya, lebih mudah digunakan "Pressure Sensor (V)".
Jika menggunakan jenis Hot Wire perlu menggunakan "Airflow Meter Hot Wire (V)"
2. Gunakan Function Real Time Display, ambil Pressure Sensor Input semasa enjin Idling dan Semasa Full load (ambil bacaan semasa memecut pada gear 3/ gear 4 sehingga RPM Cut) supaya kita boleh mengetahui apakan nilai Volt minima dan maksima yang terhasil daripada Pressure Sensor. Katakan semasa Idling 1.16Volt / Full Load 3.9Volt.
3. Gunakan Function "Change Scale" untuk kita masukkan berapakan nilai minima dan Maksima Voltage. Nilai RPM juga perlu diubah sekiranya RPM cut anda lebih dari map. Contoh saya buat ini, nilai voltage telah diubah keseluruhannya, dan nilai RPM diubah sehingga 9000 RPM.
4. Gunakan Function "Map Trace". Anda boleh memilih 1sec hingga continuous (ikut kecekapan anda mengesan) bagi memudahkan kita mengesan dimanakah kedudukan ignition dan di "spot" mana yang perlu di advance atau retard. (saya selesa menggunakan 3sec).
5. Dengan menggunakan bantuan pemandu, anda perlu mengarahkan 6 Langkah berikut kepada pemandu sepaya anda boleh mengesan dimanakah "spot" biasa berlakunya knocking, dan dimanakah "spot" untuk mendapatkan Full Power dan Penjimatan Fuel. Function Map Trace perlu digunakan. Dengan andaian, Idle 1.5volt dan maksimum Load 4.5 volt dari Pressure Sensor, RPM Cut pada 8000, perkara ini anda pelu lakukan :
- Low RPM Low Load - Istilah ini merujuk kepada perjalan biasa
(daily drive). Arahkan pemandu supaya melakukan pertukaran dari gear 1,
gear 2 dan gear 3, bukaan throttle bawah 50% pada rpm kurang daripada
3000). Biasanya Map Trace akan berlegar disekitar kawasan petak seperti
dalam rajah ini. Ignition Timing boleh diadvance sekiranya tiada belaku
knocking. Ianya boleh menambah respon enjin semasa kenderaan mula
bergerak.
- Low RPM High Load - Istilah ini merujuk kepada perjalan menaiki bukit. Pada permukaan jalan mendatar, arahkan pemandu supaya memandu pada gear 3 pada RPM 1000 , Tekan Pedal minyak lebih dari 50% hingga 100% sehingga RPM 4000 . Biasanya Map Trace berlegar di sekitar petak ini. Negative kan Ignition timing jika ada bunyi knocking. Jika tidak, boleh di advance. Ianya membantu bagi menambah pickup kereta.
- Midle RPM Low Load - Istilah ini merujuk kepada kelajuan statik (Cruising). Pada permukaan jalan mendatar, arahkan pemandu supaya memandu pada gear 5 (top gear) pada RPM antara 2500 - 5000, bukaan throttle pada 15-30%. Biasanya Map Trace berlegar di sekitar petak ini. Pada bahagian ini, boleh di advance ignition timing bagi membantu penjimatan petrol dan respon enjin. Negative kan Ignition timing jika ada bunyi knocking.
- Midle RPM High Load to High RPM - Istilah ini merujuk kepada Memecut. Disinilah boleh dikeluarkan Power sesebuah Enjin. Pada permukaan jalan mendatar, arahkan pemandu supaya memandu pada gear 3 RPM 2500, tekan throttle 100% buka sehingga RPM 8000 (RPM Cut). Biasanya Map Trace berlegar di sekitar bulatan ini. Pada bahagian ini, lebih baik dicuba dengan retard dahulu, dan boleh di advance Ignition Timing sedikit demi sedikit. Jika Ignition Terlalu advance, Enjin akan Knocking, Power akan drop, (bunyi enjin mengerang kuat, tapi tak pergi). Pada Point ini, boleh cuba - 2 by -2 sehigga Enjin terasa Power. Ianya sangat bergantung kepada berapakah boost pressure dan jenis Fuel yang digunakan. Power yang terhasil lebih mudah diukur jika berada diatas mesin Dyno.
- High RPM Off Throttle - Keadaan ini berlaku dimana semasa kita hendak cucuk rapat belakang kereta, biasanya pada RPM 6000 - 8000, kita lepas throttle (TPS 0%) dan tekan semula Throttle 100% buka. Disini perlu diperhatikan samada berlaku knocking di bahagian bulatan dalam rajah ini. Negative Ignition Timing jika Knocking (semasa tekan semula Throttle)
- Low RPM to High RPM - Arahkan Pemandu memecut kenderaan bermula dari gear 1, keadaan Throttle 100% buka sehingga RPM 8000 (RPM Cut) bersambung sehingga gear 5 (top). Disini perlu diperhatikan samada berlaku knocking di bahagian bulatan dalam rajah ini. Negative Ignition Timing jika Knocking.
# Tips : 6 langkah ini juga digunakan untuk tune Air Fuel Ratio
# Tips : Tuning semasa siang (cuaca panas) bagi membolehkan kita mengetahui limit ignition.
# Tips : Gunakan Ear Knocking Detector bagi mumudahkan kita mengesan bunyi knocking.
Diharap, sedikit perkongsian saya ini, memberi manafaat kepada anda. Sebarang perkongsian dan tips yang anda rasa perlu ditambah, boleh dikemukakan di ruang ini,
Sekian, Wassalam.