Khamis, 28 Mei 2015

Oxygen Sensor Simulator

Oxygen Sensor atau nama singkatnya o2 sensor.

Fungsi, secara mudah untuk difahami adalah, mengesan gas ekzos bagi memberi maklumat kepada ECU, sama ada gas ekzos hasil daripada pembakaran itu terlebih atau terkurang bahan bakar (Fuel). ECU sebolehnya mengekalkan Air Fuel Ratio (AFR) 14.7 semasa enjin dalam keadaan Closed Loop ( Load enjin rendah, RPM rendah dan TPS dibuka sedikit)
Matlamat utama sensor ini adalah untuk membantu enjin berfungsi dengan efisyen dan juga untuk mengawal pencemaran udara seminimum yang mungkin.

Namun, terdapat masalah apabila Enjin yang telah dimodifikasi, memerlukan bacaan AFR kurang daripada 14.7 untuk mengeluarkan kuasa maksimum. Ini tidak mungkin berlaku kepada enjin keluaran tahun 1996 keatas kerana ECU telah direka bagi megawal pencemaran udara.  ECU ini akan membuat pembetulan bahan bakar (Fuel Trim) yang mana apabila digandingkan dengan Sistem Piggy Back seperti e-manage untuk menambah Fuel, ECU akan tetap mengarahkan Injector supaya Fuel di trim sehigga AFR hampir kepada 14.7. Ini disebabkan oleh Oxygen Sensor telah mengesan perubahan AFR daripada spesifikasi asal. Jadi tiada gunanya menggunakan e-manage.. Useless.


Sebab apa terjadinya begitu?

Kereta keluaran tahun 1996 keatas, yang menggunakan soket Diagnose jenis OBD2, kebanyakan ECU akan membaca daripada Oxygen sensor dalam 3 keadaan iaitu Lean, Stoich (Ideal) dan Rich.
Apabila Fuel lebih (Rich) dikesan, ECU akan mengurangkan Fuel supaya kembali kepada Stoich. Apabila Fuel kurang (Lean) dikesan,  ECU akan menambah Fuel supaya kembali kepada Stoich. Ini berlaku untuk penjimatan Fuel disamping memelihara alam sekitar daripada pencemaran gas ekzos.

Masalah Fuel dalam keadaan Stoich ini adalah, enjin akan berasa kurang padu untuk mengeluarkan kuasa, disebabkan Fuel yang hanya sekadar "cukup makan".

o2 sensor simulator


Contohnya, enjin Toyota Caldina GT4 3SGTE, pada awal boost mula masuk, 2500RPM, 0.1 BAR Fuel yang sekadar "cukup makan" AFR 14.7 pada 2500 hingga 4000RPM 0.6BAR (ini dipanggil Closed Loop), 4000RPM keatas baru AFR turun kepada 12 (ini dipanggil Open Loop - ECU tidak lagi mengambil kira bacaan daripada Oxygen sensor pada 4000RPM keatas) . Ianya akan menyebabkan enjin terasa kurang padu dalam mengeluarkan kuasa, padahal jika AFR di setkan 13-12.5 pada RPM tersebut,  kuasa yang terhasil sangat memberansangkan. Jadi, apa yang patut ditipu untuk mendapatkan AFR yang cantik? Oxygen sensor!



Terdapat trick bagaimana untuk menambah Fuel tanpa risau ECU melakukan Fuel Trim, Iaitu dengan menipu bacaan Oxygen Sensor. Seperti yang terdapat di pasaran, Greddy o2 Sensor Adapter, o2 Simulator dan pelbagai lagi yang tujuannya supaya ECU tidak mengesan perubahan AFR yang dilakukan. Saya sendiri telah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan permasalah ini dengan membuat litar o2 Sensor Simulator bagi memudahkan kerja tuning dilakukan terutama bila berhadapan dengan enjin keluaran tahun 1996 keatas. Contoh o2 sensor simulator yang saya buat adalah seperti berikut:

o2 sensor simulator
o2 sensor simulator


Kini saya tidak perlu risau, dengan adanya o2 sensor simulator,
Setting fuel CONFIRM akan kekal.

o2 sensor simulator berfungsi untuk menghantar signal bacaan Oxygen Sensor ke ECU tanpa perlu menggunakan Oxygen sensor.
Ini bermakna, ECU akan membaca bacaan Air Fuel Ratio secara tetap terus dari o2 sensor simulator
dan nilai bacaan BOLEH DILARAS mengikut kesesuaian ECU.



Jadi, saya boleh tune Fuel menggunakan e-manage, SAFC, Unichip, Work EMS2 dan lain-lain mengikut suka hati, tanpa perlu bimbang Check Engine menyala dan paling penting, setting tidak akan lari kerana ECU telah ditipu oleh o2 sensor simulator dan tidak akan mengesan perubahan Fuel yang saya lakukan.

o2 sensor simulator yang saya buat ini menggunakan pengawal mikro bersepadu dan berupaya memberi bacaan dan pattent gelombang yang sama dengan o2 sensor sebenar.

Ok, cukup setakatkan ini dahulu perkongsian saya, akan datang lebih banyak lagi Tips dan Trick berkaitan Tuning Engine Managment. In sha allah :-)

Sekian, wassalam...







Jumaat, 15 Mei 2015

TUNING AIR FUEL RATIO (BAHAGIAN 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya akan sambung bab Tuning Air Fuel Ratio (AFR) menggunakan sistem Piggyback (eManage Blue).
Pada Entri lepas, fungsi asas bagi eManage telah pun saya ceritakan, kali ini saya akan berkongsi Fungsi yang lebih advance yang terdapat dalam eManage.


3. Vtec/Mivec Seting

Fungsi ini membolehkan kita membuka VTEC/Mivec lebih awal atau lambat dan kita juga boleh menambah minyak (air flow) apabila VTEC/Mivec On.


Untuk menggunakan fungsi ini, Jumper JP3 dalam eManage di setkan 2-3 bagi membolehkan Emanage mengeluarkan voltage 12v (wayar kuning- VTEC Out) untuk pergi ke Solenoid VTEC.
Pada MAP, kita perlu pilih RPM dan kadar load mana (sama ada dari TPS atau Map Sensor voltage) untuk di ON kan VTEC/Mivec.

Selain daripada itu, output 12v ini juga boleh digunakan untuk sistem Water Spray Intercooler, Methanol Injection, Shift Light dan lain-lain mengikut kreativiti anda.



4. Anti Engine Stall Setting

Berfungsi untuk mengawal Iding enjin (turbo) semasa Blow Off Valve mengeluarkan lebihan tekananan udara ke atmosfera dimana terdapat satu keadaan, tekanan udara dari turbo tendang balik ke Air Flow Sensor dan menyebabkan Air Flow Sensor mengesan kemasukan udara yang banyak, dan mengeluarkan bacaan (voltage) yang tinggi ke ECU. ECU pula akan mengarahkan Injector Spray fuel yang banyak, padahal Throttle tertutup rapat. Keadaan ini menyebabkan enjin menjadi "seakan hendak mati" disebabkan terlebih Fuel.

Caranya adalah, dengan merekod Real Time Analysis, dan lihat Data Analysis, ambil bacaan Voltage Air Flow Sensor semasa enjin Idling.


Selepas itu, masukkan nilai voltage tadi ke dalam MAP Anti Stall. Katakan idling 900 RPM, masukkan nilai tersebut dari 900 RPM sehingga 500 RPM dan nilai TPS letakkan 1 %. Dengan ini, apabila kedudukan TPS bawah 1 % (semasa pedal minyak dilepaskan) Emanage akan menghantar nilai Voltage yang dimasukkan tadi ke ECU tanpa mengmbil kira voltage yang terhasil dari Air Flow Sensor. OK, Setel masalah.


Selain daripada itu, fungsi ini juga berkeupayaan untuk mengawal idling yang "menggila" bagi High Profile/High Lift Camshaft.


5. BOOST LIMITER CUT SETTING

Berfungsi untuk membuang limit voltage yang terhasil daipada Map Sensor/MAF Sensor. Contohnya, Enjin Mira L2, dari boost asal hendak dinaikkan kepada 1.5 bar. Bila turbo boosting, sampai je 1 bar, ECU dah cut Fuel (pada Injector) sebab MAP Sensor dah kesan Boost yang lebih daripada limit.

Jadi, cara untuk membuang Cut tersebut adalah dengan melihat voltage yang terhasil oleh MAP Sensor semasa Fuel Cut didalam Function "Real Time Analysis" dan ambil bacaan tersebut.

Katakan, semasa boosting, Fuel Cut, bacaannya 4.9 volt. Pada ruang Boost Limit Setting, kita hanya perlu mengecilkan nilai volt. Katakan samasa Fuel Cut, RPM adalah 5000. Jadi, start 5000 hingga 8000 RPM (sampai limit RPM), voltage diubah kepada 4.7 volt.


Dengan ini, Emanage akan mengeluarkan voltage 4.7 volt kepada ECU walaupun boost melebih 1 bar.

Fuel perlu ditambah melalui Additional Injection MAP bagi memastikan AFR cukup dengan kadar boost yang diinginkan.


6. Additional Injection MAP + Acceleration MAP

Pada asasnya, fungsi ini bertujuan untuk menambah Fuel semasa MAP sensor/ MAF sensor telah mencapai limit voltage.  Contohnya, ketika Fuel Cut 5000 RPM, bacaan AFR menjadi semakin Lean sehingga RPM Cut (disebabkan Air Flow telah dilimitkan volt nya). Kita perlu memasukkan nilai dari (1 hingga 100%) pada Additional Injection MAP. Dengan ini, emanage akan mengawal kadar bukaan injector berpandukan nilai % yang kita masukkan tadi. Jika besar nilai %, maka lebih lama masa injector terbuka bagi membolehkan penambahan Fuel dilakukan sehinggalah kita mendapat bacaan AFR yang betul.


 Map ini juga boleh digunakan untuk menambah Fuel di semua RPM dan Load jika kita tidak mahu menggunakan Air Flow Adjustment Map.

Accleration MAP - ianya hanya akan berfungsi apabila Additional Injection Map digunakan. Fungsinya adalah untuk menambah Fuel semasa mula-mula memecut (kedudukan throttle 0 - 40% dan RPM 1000 - 5000). Situasinya begini, katakan semasa gear 2, RPM 2000, TPS 4 %, nilai AFR adalah 14.1. Kita tekan pedal minyak secara mengejut sehingga RPM 6000, nilai AFR dari 14.1 tadi menjadi 18.5 (lean) dan kembali menjadi 12.8. Keadaan ini disebabkan respon yang lambat dari injector untuk memengeluarkan Fuel secara mengejut (enjin juga kemungkinan besar akan mengeluarkan bunyi knocking disebabkan tidak cukup Fuel). Dengan menggunakan Acceleration MAP, kita boleh menambah Fuel di bahagian Lean tadi supaya nilai AFR menjadi lebih baik.


7. Sub Injector MAP

Ianya berfungsi untuk mengaktifkan Injector tambahan. Jumper JP5 dalam emanage perlu disetkan kepada 1-2. Emanage Blue berupaya mengawal 2 injector tambahan. Cara tune sama sahaja dengan Additional Injection Map. MAP ini hanya digunakan apabila injector asal telah habis ditune, tetapi Fuel masih tidak mencukupi.



Setakat ini dahulu perkongsian saya mengenai Tuning Emanage Blue. Moga-moga ada manafaatnya kepada anda. Saya mengalu-alukan sebarang persoalan dan teguran.

Sekian, terima kasih.