Rabu, 4 Mac 2015

YAMAHA LC135 TURBO


TURBO? sebut sahaja pasal turbo, ramai orang boleh menjangkau di fikiran dan berimaginasi bagaimana kuasa Gforce dan pecutannya. Ya, itulah yang saya alami sendiri setiapkali menuggang motorsikal, bagaimanakah rasanya bila motor ada "kuasa extra", kuasa "Gforce". Dan bagaimana "excited"nya setiap kali tarik pickup, lepas throttle untuk masuk gear,  ada bunyi blow offf valve, kepishh, kepishh, tentu seronok dan mengujakan. Atas dorongan "rasa" itulah saya tekad untuk melakukan projek Bolt On Turbo keatas Motor Yamaha LC135 milik saya sendiri. Setelah mengkaji motor-motor di negara luar yang telahpun berjaya men "turbo" kan motor, dengan confidennya saya memulakan projek.

Sebelum meyumbat Turbo, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan terhadap enjin bagi memastikan ketahanan semasa boost. Memandangkan motor saya sebelum ini telah pun disarung dengan blok motor yamaha FZ150i, jadi untuk pemilihan turbo yang sesuai tidak menjadi masalah. Yang saya perlu lakukan adalah mengurangkan compression ratio daripada 10.4:1 menjadi 9 :1 dengan cara grind head LC yang berbentuk petak ke bentuk bulat.

Turbo saya pilih dari kereta Suzuki Cappucin0, saiz yang kecil, lebih kecil dari Turbo Mira L200. Turbo Threshold dapat dirasakan seawal 3800 RPM, manakala full boost pada 5000rpm
Intercooler pula saya ambil dari model Mira L600, dan dipotong supaya muat untuk diadankan dengan Coverset motor. Blowoff Valve pula daripada Toyota Starlet.







Bagi setup turbo Carburetor, Carburetor jenis  diaphragm digunakan kerana ianya boleh mengesan tekanan udara yang masuk, dan membuka slide berdasarkan pressure. Terlebih dahulu pelampung carburetor dikurangkan ketinggian sebanyak 5mm. Ini membolehkan Fuel Pump (dari model wira 1.5) memberi tekanan petrol ke dalam Carburetor yang dikawal oleh Fuel Pressure Regulator. Fuel pressure semasa idling di set 2 psi. Jadi didalam carburetor, ketinggian pelampung menjadi lebih sedikit dari asal oleh kerana tekanan Fuel Pump. Jika di set 5psi, carburetor akan jadi overflow disebabkan terlalu kuat pressure fuel pump.

Dihadapan carburetor terdapat Intake Plenum Chamber yang ditempah khas. Saiznya lebih kurang 300cc. Di dalamnya terdapat Pitot Tube yang berfungsi mengesan sebarang perubahan tekanan udara. Saiz Pitot Tube sangat penting kerana ia akan memeberi Effect kepada saiz jetting dalam Carburetor. Seperti setup motor saya, Jetting carburetor adalah standard motor yamaha LC135, dan Pitot tube dikecilkan.

Oleh kerana motor yamaha LC135 ini menggunakan Fuel pump, sistem charging sedia ada tidak mampu untuk memberi charging yang baik. Maka, Rectifier dari motor Yamaha FZ150i digunakan, dan wiring asal diubah supaya berfungsi menjadi sistem Full Wave Charging.

Motor ini ditune menggunakan Wideband Oxygen Sensor, Air Fuel Ratio semasa idling adalah 13.manakala semasa full boost (0.7bar) 11-12. bacaan yang sangat bagus untuk setup turbo.




Perbezaan yang saya rasa selepas bolt on turbo adalah pickup dan topspeed yang sangat mengujakan. Dahulu, untuk mendapatkan kelajuan 160kmh, terpaksa tunduk dan mengambil masa yang lama. Sekarang, dengan setup sprocket yang sama, sangat mudah untuk melihat meter lentok 180kmh dengan badan tegak dan sambil tersenyum :)

Berikut adalah Serba sedikat Spec motor:

Block : Block 57 mm(fz150)
Head : Combustion chamber grind sehingga bentuk bulat (comp. ratio +- 9.0)
Carb : LCV2 standard main jet and pilot. Float height reduce 5mm.
Turbo : Hitachi - HT06 (suzuki cappucino) with 0.7 bar boost pressure.
Intercooler : mira L6 (Customize, to fit on LC)
*Custom Plenum Chamber with pitot tube, Intercooler Piping
*1.8 inch Exhaust Piping and custom Mufler.
*Fuel Pressure Regulator - base pressure 2 psi
*Full wave Charging system (Rectifier from yamaha fz150)
Fuel Pump : Wira
Blow Off Valve : Toyota Starlet
Sprocket : 15 -37

setup lain adalah standard OEM.

Sekian.

Update: Video test  LC135 Turbo
Gear 1 sampai gear 3. Jalan pendek dan kenderaan lain pun banyak.





Selasa, 3 Mac 2015

WIRA 4G93 HALTECH

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera

Terutama sekali, saya ingin memohon maaf kerana lama tidak update blog, disebabkan kekangan masa disamping kerja yang banyak. Sebelum saya sambung semula kisah Air Fuel Ratio Tuning, suka saya kongsikan projek yang telah pun berjaya saya lakukan sepanjang 3 bulan ini.

Haltech adalah satu nama besar dalam sukan permotoran, menggunakan ECU Haltech mempunyai rasa best yang tersendiri, mana tidaknya, ECU Standalone yang boleh saya katakan terbaik bagi mengeluarkan kuasa tersimpan dari enjin.

Terdapat banyak series ECU keluaran dari Haltech, namun Customer saya kali ini memilih series Platinum Sprint 500. ECU bersaiz kecil, saiz lebih kurang samsung note 1 dan boleh disimpan didalam poket jika risau akan kesalamatan kenderaan.

Customer saya memlih untuk menyalin keseluruhan wiring enjin, dan digantikan dengan wayar baru dari Haltech. Proses permulaan adalah mengeluarkan wayar daripada enjin hingga ke ECU.


Keseluruhan wayar dari enjin hingga ke ECU dikeluarkan. Wayar asal banyak, panjang dan berserabut. Proses seterusnya adalah mengasingkan soket yang ingin digunakan bersama wayar Haltech.




                                                                   -NEW IN BOX-

Setelah disukat panjang dan lebar dari enjin hingga ke tempat menyimpan Haltech sudah dikenal pasti dan soket mana yang perlu digunakan dan mana yang tidak, tiba masanya untuk membuat sambungan soket ke wayar baru dari Haltech.

Secara asas, sistem Haltech sprint 500 memerlukan bacaaan dari sensor seperti berikut :

1. Distributor/ cam angle sensor -untuk mendapat bacaan/kedudukan TDC dan BDC-
2.Throttle Position Sensor - supaya ECU tahu berapa pembukaan throttle/ bukaan angin yang masuk ke dalam enjin-
3. Manifold Absolute Sensor - untuk mengetahui keadaan vacuum dalam enjin supaya ECU boleh memberi minyak yang cukup berdasarkan bacaan vacuum dan beban terhadap enjin.
4. Injector -untuk menyeburkan minyak (bahan bakar kedalam enjin)
5. Ignitor/coil - member percikan current/api ke spark plug.
6. Air Intake Temp. - untuk mengetahui suhu udara yang masuk ke dalam enjin (sensor terletak di air ram)
7. Engine/coolant Temp - untuk mengetahui suhu enjin (sensor terletak di blok)



- oleh kerana enjin ni NA/ maka intake air temp wira vdo digunakan, murah je, RM20. kalau haltech punya RM200 ++ .



 Dah siap, Wayar dari haltech + wayar untuk aircond, wiper, reverse dicantumkan sekali. Nampak  sedikit je wayarnya dan simple.

Proses memasang wayar Haltech ke kereta...


wayar disorok dan dikemaskan agar nampak seperti enjin berfungsi tanpa wayar :)

*tips: Perkara pertama sekali sebelum pasang bateri, pastikan soket untuk ke injector dan igniter/coil dicabut terlebih dahulu. Pasang terminal bateri positif dan negatif, On kan dahulu kunci (jangan start). buka laptop/pc, sambungkan wayar dari Haltech ke Laptop. Load BASE MAP mengikut apa yang telah disetkan pada enjin. Conthnya seperti enjin ini, menggunakan distibutor mitsubishi, firing order 1342,  internal MAP sensor, Individual Coil dan pelbagai lagi. Setelah dipastikan semua setup betul, Off kan power, pasang semula soket ignition/coil dan injector. On kan Power, dan start enjin.

Setelah start enjin, barulah boleh pergi ke proses seterusnya iaitu Tuning. Bagi ECU Standalone, terdapat banyak MAP yang perlu di olah bagi mendapatkan respon enjin yang bagus. Contohnya dari mula start enjin, berapa degree timing ignition masa cranking, masa enjin sejuk dan masa enjin dah panas. begitu juga Fuel MAP, Fuel Enrichmen dan pelbagai aspek perlu diolah sehingga dapat rasa enjin smooth seperti kereta mula-mula keluar kilang..hehehe



Proses Tuning Air Fuel Ratio dilakukan berulang-ulang kali sehinggalah dapat Power, Fuel Consumption yang baik, smooth power dari low RPM hingga ke High RPM.

Sekian dahulu perkongsian buat masa ini, sebarang persoalan boleh diajukan kepada saya melalui blog ini.
Wassalam.