Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
entri kali ini adalah khas bagi Tuning Ignition untuk enjin turbo dan supercharge.
bagi Tuning Ignition enjin kategori NA sila klik
sini
Ok, kita teruskan dengan mempelajari Ignition map yang terdapat dalam ECU.
Contoh ignition map yang tedapat dalam ECU -Mitsubishi Evo 123 (sumber Haltech)
Pra-Tuning
Perkara pertama yang perlu diketahui adalah, Ignition Map bagi enjin Turbo dan NA adalah tidak sama. Bagi enjin Force Induction, semakin tinggi boost, semakin rendah
ignition timing yang diperlukan. Contohnya ECU enjin 4G63T ignition
timing semasa High Load(high boost) vs High RPM adalah 14° semasa 100
kpa/ 1 Bar boost pressure. Apabila di naikkan Boost pressure 2.5 Bar,
kita perlu merendahkan ignition timing sehingga -5°. Sebab boost
pressure 2.5bar akan meningkatkan Compression Ratio enjin sehingga 25:1.
Risiko knocking sangat tinggi disebabkan Boost Pressure ditambah pula
High Temp, dengan mudahnya enjin anda akan berkecai apabila tidak retard
ignition timing kepada tahap yang sesuai.
Perkara kedua adalah, kita perlu tahu apakah compression ratio bagi sesebuah enjin.
Katakan enjin Proton Wira 1.6 4G92p, di tambah dengan sistem Force Induction (bolt on turbo)
tanpa menukar Internal Part (stock Factory), Static Compression Ratio
4G92p adalah 10:1.Ignition timing semasa High RPM High Load adalah diantara 22° higga 25°. Apabila ditambah dengan sistem turbo,
boost 6 psi (0.4 bar), Compression Ratio 10:1 tadi telah bertambah
kepada 14:1. Ignition timing perlu dikurangkan sehingga -15° semasa 0.4 bar. Jika tidak, Knocking pasti akan belaku, dan ini akan memendekkan lagi jangka hayat enjin.
Perkara ketiga adalah, kita perlu Periksa Base Ignition Timing
adalah sama atau tidak dengan Spec asal enjin. Ini boleh diketahui
dengan menggunakan Timing Light serta merujuk Manual Book. Kebiasaanya,
base ignition timing sekitar 10 -16°
semasa idling. Tujuannya adalah supaya kita tahu dimanakah Ignition
timing yang betul sebelum kita advance atau retard didalam Emanage.
Perkara Keempat adalah, boost TARGET dan Internal part
PERKARA TERPENTING, berapakah target boost, piston dan Connecting rod dan bearing apa yang digunakan sebagai informasi awal sebelum Tuning dilakukan. Ini kerana, Boost yang tinggi dan tidak sesuai dengan ketahanan enjin akan menyebabkan enjin KABOOOMMMM...
Ok,
setelah diperiksa semua elamen ini, kita boleh membuat 1 target awal
untuk menetapkan Ignition Timing dan dimanakah Limit ignition timing
bagi sesebuah enjin.
Tips Tuning menggunakan Greddy MAP Sensor
Bagi
Force induction, digalakkan menggunakan Greddy MAP sensor, sebab lebih mudah di tune berdasarkan Boost Pressure. Kebiasaanya jika enjin Standard, tiada Isu berkaitan Igntion timing, melainkan up Boost Pressure, baru perlu di retard Ignition Timing.
Ini adalah contoh Retard 1 degree / 1 psi Boost bermula pada 1 bar keatas.
Jika enjin di setup compression ratio lebih rendah, (contoh 8.5:1 kebawah) boleh cuba retard 1.5 degree / 1 psi seperti ini.
Bagi
Bolt On Turbo, boleh cuba retard 1 degree / 1 psi bermulanya boost masuk. Contohnya seperti ini :
Jika ada belakunya knocking, boleh cuba retard 1.5 degree / 1 psi:
* Ini adalah contoh, anda boleh cuba nilai yang berbeza bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Tuning Procedure
1. Setelah dapat Air Fuel Ratio yang sesuai (rujuk
disini),
kita perlu membuat adjustment dalam map Emanage. Jika Enjin anda
menggunakan Air Flow Sensor seperti enjin Mitsubishi Evo 3, lebih mudah
digunakan "Karman Vortex Airflow Meter" berbanding Throttle Position
Sensor sebab bacaan ECU untuk memberi signal Ignition timing menggunakan
Karman Vortex Airflow Meter.
Begitu
juga jika menggunakan Pressure sensor seperti Toyota Starlet,Mira L2 dan seangakatan dengannya, lebih mudah digunakan
"Pressure Sensor (V)".
Jika menggunakan jenis Hot Wire perlu menggunakan "Airflow Meter Hot Wire (V)"
2.
Gunakan Function Real Time Display, ambil Pressure Sensor Input semasa
enjin Idling dan Semasa Full load (ambil bacaan semasa memecut pada gear
3/ gear 4 sehingga RPM Cut) supaya kita boleh mengetahui apakan nilai
Volt minima dan maksima yang terhasil daripada Pressure Sensor. Katakan
semasa Idling 1.16Volt / Full Load 3.9Volt.
3.
Gunakan Function "Change Scale" untuk kita masukkan berapakan nilai
minima dan Maksima Voltage. Nilai RPM juga perlu diubah sekiranya RPM
cut anda lebih dari map. Contoh saya buat ini, nilai voltage telah
diubah keseluruhannya, dan nilai RPM diubah sehingga 9000 RPM.
4.
Gunakan Function "Map Trace". Anda boleh memilih 1sec hingga
continuous (ikut kecekapan anda mengesan) bagi memudahkan kita mengesan
dimanakah kedudukan ignition dan di "spot" mana yang perlu di advance
atau retard. (saya selesa menggunakan 3sec).
5. Dengan menggunakan bantuan pemandu, anda perlu mengarahkan
6 Langkah berikut
kepada pemandu sepaya anda boleh mengesan dimanakah "spot" biasa
berlakunya knocking, dan dimanakah "spot" untuk mendapatkan Full Power
dan Penjimatan Fuel. Function Map Trace perlu digunakan. Dengan andaian,
Idle 1.5volt dan maksimum Load 4.5 volt dari Pressure Sensor, RPM Cut
pada 8000, perkara ini anda pelu lakukan :
- Low RPM Low Load - Istilah ini merujuk kepada perjalan biasa
(daily drive). Arahkan pemandu supaya melakukan pertukaran dari gear 1,
gear 2 dan gear 3, bukaan throttle bawah 50% pada rpm kurang daripada
3000). Biasanya Map Trace akan berlegar disekitar kawasan petak seperti
dalam rajah ini. Ignition Timing boleh diadvance sekiranya tiada belaku
knocking. Ianya boleh menambah respon enjin semasa kenderaan mula
bergerak.
- Low RPM High Load - Istilah ini merujuk kepada perjalan
menaiki bukit. Pada permukaan jalan mendatar, arahkan pemandu
supaya memandu pada gear 3 pada RPM 1000 , Tekan Pedal minyak lebih
dari 50% hingga 100% sehingga RPM 4000 . Biasanya Map Trace berlegar di
sekitar petak ini. Negative kan Ignition timing jika ada bunyi knocking.
Jika tidak, boleh di advance. Ianya membantu bagi menambah pickup
kereta.
- Midle RPM Low Load - Istilah ini merujuk kepada kelajuan statik (Cruising). Pada permukaan jalan
mendatar, arahkan pemandu
supaya memandu pada gear 5 (top gear) pada RPM antara 2500
- 5000, bukaan throttle pada 15-30%. Biasanya Map Trace berlegar di
sekitar petak ini. Pada bahagian ini, boleh di advance ignition timing
bagi membantu penjimatan petrol dan respon enjin. Negative kan Ignition
timing jika ada bunyi knocking.
- Midle RPM High Load to High RPM - Istilah ini merujuk kepada
Memecut. Disinilah boleh dikeluarkan Power sesebuah Enjin. Pada
permukaan jalan
mendatar, arahkan pemandu
supaya memandu pada gear 3 RPM 2500, tekan throttle 100% buka
sehingga RPM 8000 (RPM Cut). Biasanya Map Trace berlegar di
sekitar bulatan ini. Pada bahagian ini, lebih baik dicuba dengan retard dahulu, dan boleh di advance Ignition Timing sedikit demi sedikit. Jika Ignition Terlalu advance, Enjin akan Knocking,
Power akan drop, (bunyi enjin mengerang kuat, tapi tak pergi). Pada
Point ini, boleh cuba - 2 by -2 sehigga Enjin terasa Power. Ianya sangat bergantung kepada berapakah boost pressure dan jenis Fuel yang digunakan. Power yang
terhasil lebih mudah diukur jika berada diatas mesin Dyno.
- High RPM Off Throttle - Keadaan ini berlaku dimana semasa
kita hendak cucuk rapat belakang kereta, biasanya pada RPM 6000 - 8000,
kita lepas throttle (TPS 0%) dan tekan semula Throttle 100% buka.
Disini perlu diperhatikan samada berlaku knocking di bahagian bulatan
dalam rajah ini. Negative Ignition Timing jika Knocking (semasa tekan
semula Throttle)
- Low RPM to High RPM - Arahkan Pemandu memecut kenderaan
bermula dari gear 1, keadaan Throttle 100% buka sehingga RPM 8000 (RPM
Cut) bersambung sehingga gear 5 (top). Disini perlu diperhatikan samada
berlaku knocking di bahagian bulatan dalam rajah ini. Negative Ignition
Timing jika Knocking.
# Tips : 6 langkah ini juga digunakan untuk tune Air Fuel Ratio
# Tips : Tuning semasa siang (cuaca panas) bagi membolehkan kita mengetahui limit ignition.
# Tips : Gunakan Ear Knocking Detector bagi mumudahkan kita mengesan bunyi knocking.
Diharap,
sedikit perkongsian saya ini, memberi manafaat kepada anda. Sebarang
perkongsian dan tips yang anda rasa perlu ditambah, boleh dikemukakan di ruang ini,
Sekian, Wassalam.